Sunday 18 December 2011

Lapuran akhbar cina - Harapan umno cerah ker?

HARAPAN UMNO CERAH?

Jika sebelum ini Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak terpaksa melepaskan tarikh keramat beliau 11.11.11 kerana Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menganggap pilihan raya tidak sesuai diadakan pada 2011.

Dua bulan kemudian, Tun meramalkan jika PRU13 diadakan pada awal tahun depan, UMNO dan BN tetap masih boleh mengekalkan kuasa pemerintahan. Bayangan PRU13 diadakan pada Mac 2012 semakin jelas, maka tiada alasan bagi negeri di bawah pemerintahan PR untuk tidak membuburkan DUN dan mengadakan pilihan raya serentak.

Tun M sebenarnya melihat kepada semangat yang dipamerkan semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini yang memberi sinar harapan cerah dalam PRU akan datang. Beliau sebenarnya tidak menilai dari sudut semangat parti BN secara keseluruhan termasuklah anggota parti komponen.

Sama ada anggota komponen BN “makan bubur atau makan nasi” akhirnya terpaksa juga bergantung sepenuhnya kepada momentum UMNO. Dapat dilihat UMNO adalah kepala BN dan semangat UMNO sedikit sebanyak turut akan mempengaruhi parti komponen yang lain.

Namun, ia bukanlah pengaruh mutlak kerana setiap parti masih boleh menentukan nasib masing-masing. Parti komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan, SUPP sebagainya tidak memperlihatkan momentum yang positif sebaliknya yang menjadi tatapan kini ialah perpecahan dan perebutan kuasa dalaman parti.

Bagaimana pula agaknya ramalan Tun M jika melihat kepada gelombang reformasi senario politik negara-negara Islam Arab. Tidakkah beliau bimbang gelombang tersebut mungkin akan tempias kepada kaum Muslim negara kita?

Lapur- Oriental Daily News

No comments:

Post a Comment