Saturday 17 December 2011

Lapuran alkbar cina - malaysia syurga jenayah

MALAYSIA SYURGA JENAYAH

Di mata rakyat negara-negara Afrika seperti Nigeria, Ghana, Libya, Zimbabwe, Tunisia dan sebagainya, Malaysia ibarat syurga yang indah. Akhir-akhir ini, kita mulai bimbang apabilamendapati kelibat-kelibat “orang hitam” ini memenuhi pusat-pusat membeli-belah, lorong-lorong malah di kawasan-kawasan pekan, takut kerana mereka ini lama-kelamaan akan menjadi sebahagian daripada masyarakat kita.

Di kalangan mereka ini ada yang datang untuk melancong, menimba ilmu dan berniaga, namun malangnya lebih ramai yang melihat “Malaysia sebagai syurga jenayah”. “Orang hitam” begitu senang dengan Malaysia kerana adanya “lombong emas” yang tidak habis digali, pintu “melarikan” diri amat mudah dan wanita-wanita cetek fikiran yang mudah diumpan.

Dua bulan lepas, pihak polis baru menyedari penyalahgunaan visa pelajar oleh warga Afrika untuk membuat sindiket penipuan di Malaysia. Dalam tempoh sembilan bulan sahaja mereka berjaya melakukan penipuan hampir mencecah RM10 billion, kemudian balik ke Afrika hidup mewah dengan membina rumah banglo malah ada yang bina hotel hasil daripada duit penipuan tersebut.

Mengapa rakyat Malaysia begitu mudah ditipu? Terlalu naïf, terlalu baik hati, bodoh atau sebenar terlalu tamak? Selain itu, warga Afrika turut menjalankan sindiket penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber, isu “black money” yang mana menjadi mangsa mereka kebanyakannya ialah golongan profesional seperti peguam, arkitek, ahli-ahli politik dan sebagainya.

Yang paling serius, “orang hitam” ini sanggup menjerat wanita-wanita Malaysia (yang cetek fikiran) untuk mengedar dadah di luar sempadan negara dan akhirnya menghabiskan sisa hidup di penjara negara asing. Kegiatan jenayah warga Afrika ini telah mengancam keselamatan dan keharmonian sosial.

Penyalahgunaan visa pelajar yang serius jelas menunjukkan Kementerian Pengajian Tinggi tidak melakukan penyeliaan yang ketat terhadap IPTS dan ia turut memperlihatkan piawaian pengambilan kemasukan pelajar di IPTS negara tidak berkualiti.

Meskipun kes-kes jenayah warga Afrika mendapat liputan luas media berita namun mereka masih juga giat melakukan jenayah di negara. Jika pihak berkuasa benar-benar memainkan peranan mereka dengan melakukan kawalan ketat terhadap visa warga Afrika, adakah “orang hitam” masih tetap akan menganggap Malaysia sebagai “syurga jenayah”?

Lapur - Oriental Daily News

No comments:

Post a Comment