Thursday 29 December 2011

Lapuran akhbar cina - negara kebajikan pas cuba brainwash rakyat

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Chua Tee Yong berkata PAS tidak pernah melepaskan agenda negara Islam dan berniat “brainwash” rakyat dengan menggunakan pelbagai cara agar rakyat boleh menerima undang-undang Islam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan mengatakan pelaksanaan undang-undang Islam tidak sepatutnya ditangguh hanya kerana rakyat tidak memahami undang-undang tersebut. Sebuah negara tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang, apatah lagi ia hanya dilaksanakan terhadap sekumpulan kaum sahaja.

Tee Yong menganggap PAS bijak menggunakan idea-idea seperti negara kebajikan untuk menarik sokongan rakyat dan pada masa sama mempromosikan undang-undang hudud mereka.

Negara Islam, negara kebajikan dan hudud sebenarnya adalah satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan dan rakyat sebenarnya telah tertipu dengan PAS.

Sumber Guang Ming Daily, 28 12 11

No comments:

Post a Comment