Thursday 29 December 2011

Lapuran Akhbar cina- PRU 13 tangguh, PM akan umum rombakan kabinet

Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata kebarangkalian PRU13 akan diadakan pada Mac atau April depan adalah sangat tinggi. Ia menguatkan lagi ramalan apabila ada desas-desus mengatakan pihak polis telah membekukan cuti semua pegawainya bermula 1 Mac hingga 20 Mac 2011.

Arahan tersebut adalah untuk memastikan pihak polis bersedia menjalankan tugas sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn menganggap PRU13 tidak mungkin akan diadakan dalam masa terdekat jika PM merombak kabinet pada bulan Januari. Ini bermakna pilihan raya kemungkinan besar akan diadakan pada akhir tahun 2012.

Pada perkembangan sama, MP DAP Serdang, Teo Nie Ching berkata DAP meramalkan PRU13 akan diadakan Mac atau April depan, malah kemungkinan juga diadakan akhir Februari 2012.

Antara faktor yang menguatkan lagi ramalan tersebut ialah pengagihan BR1M, kes rumah banglo Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang akhirnya disabit kesalahan, keputusan berhubung kes pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar pada 9 Januari 2012.

Nie Ching menganggap, pemberian bantuan RM500 oleh kerajaan BN adalah untuk mengambil hati rakyat, namun perasaan gembiratersebut tidak akan kekal lama.


Sumber - Sin Chew Jit Poh, 28 12 11

No comments:

Post a Comment