Saturday 17 December 2011

Lapuran akhbar cina - PKR lancarkan The Liwat Warrior

PKR melancarkan kempen “Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah dan Pecah Amanah (MARAH)” yang akan menjelajah ke seluruh kampung-kampung bagi membangkitkan kesedaran rakyat berhubung isu penyelewengan NFC.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, jelajah kempen tersebut bukan sahaja untuk menggerakkan rakyat supaya bersatu menentang rasuah tetapi juga untuk menyedarkan kerajaan bahawa rakyat tidak menerima pemimpin Melayu yang tidak amanah.

Kempen “MARAH” akan bermula pada 17 Disember ini dan aktiviti yang diadakan termasuk ceramah dan pengedaran risalah-risalah. Enam buah negeri yang akan dijelajah ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Lapuran - Sin Chew Jit Poh

1 comment:

  1. sesambil tu elok juga edarkan tiket free cerita 'Hantu Mak Lampir dah Gila Meroyan di Ampang'..

    ReplyDelete