Sunday, 1 January 2012

2 veteran Umno sertai DAP - Melayu makin nazak di tahun 2012

Sin Chew Jit Poh melapurkan pada 29 Dec 2011, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook telah mengesahkan dua veteran UMNO, Datuk Mohd Ariff dan Aspian Alias menyertai parti itu untuk meraih sokongan semua kaum.



Beliau berkata idea Ariff dan Aspian selaras dengan DAP, selain mereka juga sering mengkritik dasar-dasar BN di laman blog.

Anthony menegaskan 'pengambilan veteran UMNO bukan bertujuan untuk membalas balik kenyataan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP “anti Melayu dan Islam” tetapi adalah untuk menguatkan lagi jentera parti.'

Mengulas sama ada kedua mereka akan bertanding pada PRU13 atas tiket DAP, Anthony berkata masih terlalu awal untuk berbicara mengenai perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment