Sunday 1 January 2012

Think tank pakatan pertikai sumbangan kakitangan awam

Sin Chew Jit Poh melapurkan pada 30 Dec 2011, eksekutif Kanan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Medecci Lineil menganggap penstrukturan dan kajian semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak sepatutnya menjadi beban.

Sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), semakan sistem saraan penjawat awam berkali-kali dilakukan tetapi ia lebih melibatkan kenaikan gaji dan elaun. Beliau turut mempersoalkan adakah produktiviti dan mutu kerja penjawat awam meningkatkan seperti kenaikan gaji mereka.

Menurutnya lagi kos RM2 bilion untuk tujuan penstrukturan SBPA terlalu tinggi kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, kerajaan dan penjawat awam tidak sepatutnya menambahkan beban perbelanjaan negara.

Selain itu, Medecci juga kecewa kerajaan tidak tegas dalam “exit policy” dengan membiarkan penjawat awam yang lemah dan tidak bermutu terus kekal di jabatan-jabatan kerajaan.

1 comment:

  1. Untuk kesekian kalinya, saya bersetuju dengan pendapat ini. CEUPACS memang samdol dengan memaksa JPA MENURUNKAN MARKAH penjawat awam ke 65%. Maka, exit policy itu tidak akan berjaya, kerana yang markah sedikit macam tu pun boleh di simpan. Kenapa tak naikkan ke 70%? Barulah semua kakitangan kerajaan tidak minum kopi dari jam 8:00 pagi hingga 11:00 pagi. Kalau tak de pembaharuan, baik jangan naikkan gaji je.

    Jangan silap, saya juga adalah kakitangan kerajaan. Memang susah nak tukar perangai orang gomen ni kalau kita tidak berani jadi radikal. Kalau setakat 65%, maka kita akan berada ditakuk yang sedia ada.

    Wallahulam, sekadar pandangan saya.

    ReplyDelete