Monday 16 January 2012

2012 Sudah terbalik, Umno pertahankan surau, Pas suruh roboh surau.


Isu surau Al Jabbar Setapak Permai di sini yang didakwa akan dirobohkan, tidak melibatkan kerajaan kerana tanah tapak surau itu adalah milik sebuah syarikat swasta, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, pada peringkat ini kerajaan tidak campur tangan dalam isu tersebut dan berharap pihak terlibat dapat menyelesaikan isu itu dengan baik.

"Bagaimanapun saya telah mengarahkan syarikat pemaju untuk tidak merobohkan surau tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya, beliau juga telah menyarankan kepada pihak pemaju untuk mencari gantian tapak surau tersebut dan kalau boleh kekalkan saja surau tersebut ditapak asal.

Mengenai surat daripada peguam pemaju yang mahu penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 30 Januari ini, beliau berkata, penduduk terlibat tidak perlu mengosongkan tanah mereka.

"Saya sudah beritahu pemaju dan mereka bersetuju. Kalau mereka (pemaju) masih berdegil kita tidak akan meluluskan permohonan pembangunan mereka," katanya.

Semalam penduduk Setapak Permai membuat perhimpunan aman mendakwa menerima notis daripada pemaju supaya mengosongkan rumah mereka.

Penduduk bimbang bukan sahaja kediaman dan premis perniagaan mereka akan dirobohkan, Surau Al Jabbar Setapak Permai yang akan diambilalih oleh pemaju, turut akan dirobohkan.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment