Saturday 7 January 2012

Kerana geram Azmin Ali cucuk mata Dr Hasan Ali sampai buta

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ekoran kenyataanya meminta orang ramai tidak hadir menyertai perhimpunan 901.




Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

"Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Itu kenyataan tidak bertanggungjawab.



"Ketika beliau menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) sedang meraikan Anwar. Kalau Nik Aziz pun beri sokongan dan akan hadir (Himpunan 901), maka siapa Datuk Hasan? Jangan terlalu celupar," katanya pada sidang media hari ini.

Hasan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.

“Saya menasihatkan kepada masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.

“Saya bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang,” katanya.

Sehubungan itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ini menegaskan, perhimpunan Bebaskan Anwar 901 bukan bertujuan peribadi semata-mata, tetapi bertujuan bagi menunjukkan solidariti terhadap Anwar dan tentangan rakyat terhadap politik negara yang kotor.

Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia yang terletak dalam bahagian Parlimen Gombak.

Semalam, Azmin turut menulis di laman Twitternya dengan mengatakan bahawa: "Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno."

Susulan tweet itu juga, Azmin menulis, "Ketika Hasan Ali mencerca DSAI, pada masa yang sama, 5 petang tadi YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz sedang meraikan DSAI di Kota Bharu."



Justeru, Azmin mempersoalkan, "adakah beliau pemimpin bermoral sehinggakan org lain buruk semua?"

Oleh itu, Azmin meminta agar Pas mengambil tindakan tegas terhadap Hasan kerana dikhuatiri beliau mempunyai agenda tertentu.

No comments:

Post a Comment