Saturday 7 January 2012

Perebutan jawatan PM, Azmin serang Nurul Izzah dan cadangkan Ku Li ganti Anwar




Sin Chew Jit Poh melapurkan pada 6 Jan 2012, PR telah menetapkan pemimpin veteran UMNO, Ku Li sebagai pengganti Pemimpin Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber berkata, antara syarat pemilihan calon pengganti Anwar ialah mendapat restu daripada ahli DAP dan PAS, calon adalah ahli Parlimen dan kaum Melayu.

Bagaimanapun, pengganti tersebut hanya bersifat “sementara” bagi membuka jalan PR merampas Putrajaya. Ku Li juga akan menjadi “Pemangku PM” jika PR berjaya memerintah kerajaan pusat, namun jawatan tersebut perlu diserah kembali kepada Anwar secara rasminya setelah mendapat pengampunan daripada YDPA.

Jawatan “Pemangku PM” ini juga perlu mendapat persetujuan daripada pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Selain itu, sumber juga mendedahkan Anwar dan Ku Li telah beberapa kali mengadakan “pertemuan rahsia” dan membentuk “kerjasama” tersebut.

PR tidak memilih Presiden PKR, Datin Wan Azizah kerana beliau bukan ahli Parlimen dan tidak dapat bertanding pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment