Thursday 12 January 2012

Menteri pun masih tak reti mengurus soal pesepsi, saman malu saja lah kalau itu fitnah.

Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini berkata wang zakat dibenarkan untuk digunakan oleh menteri berkaitan keagamaan, dirinya dan mana-mana pegawai MAIWP kerana ia merupakan satu langkah untuk “mempertahankan kedaulatan institusi Islam”.


Datuk Che Mat Che Ali menafikan dakwaan menyalahgunakan RM63,650 wang zakat bersama-sama Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana dana zakat dan sumber daripada kerajaan dimasukkan ke dalam akaun yang sama. “Zakat boleh digunakan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan Islam,” katanya di sini ketika pengumuman pungutan zakat di Bangunan Perkim. “Penggunaan wang zakat untuk kes guaman adalah demi mempertahankan kedaulatan Islam,” katanya merujuk kepada kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh semalam. “Pembayaran tersebut kami gunakan dana daripada kerajaan. Bila kerajaan beri dana, tak kira RM500,000 atau RM700,000, duit itu masuk akaun yang sama. “Akaun kami disemak oleh Ketua Audit Negara, jadi kami tidak boleh membuka akaun sesuka hati,” kata Che Mat, yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Jelasnya, jawatan dan tanggungjawabnya sebagai Setiausaha MAIWP dan Jamil Khir sebagai Pengerusi membolehkaan kos guaman mereka dibiayai menggunakan dana daripada duit zakat untuk tuntutan qazaf oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan mereka sebagai responden. Menurut Che Mat, pertambahan zakat pada 2011 sebanyak 24 peratus kepada RM431 juta daripada 100,497 pembayar membuktikan masyarakat Islam meletakkan kepercayaan kepada mereka. “Sebagai hamba Allah, kami hanya menjalankan tugas dengan amanah,” katanya. PKR membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menamakan Jamil Khir, Che Mat dan Shahsudin Hussein atas kesalahan penyalahgunaan wang zakat.


Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi telah mengedarkan risalah daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid yang bertarikh 21 November yang mengesahkan sejumlah RM63,650 telah digunakan untuk membiayai kos guaman mereka. PKR telah mengeluarkan bukti bahawa laporan Ambrin menunjukkan dana tersebut telah digantikan semula pada bulan Disember, enam bulan selepas kes tersebut.

No comments:

Post a Comment