Thursday 12 January 2012

PM Najib dan Tun M melawat Ibu Kota Selangor esok, ada apa-apa ke ?

Perdana Menteri, DS Najib dan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan dan jentera BN Selangor di Shah Alam esok.

Najib dijadual akan memberikan amanat kepada 2,000 pemimpin utama BN Selangor pada majlis itu.

Selepas itu PM akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri di sini.

Kemudian PM akan beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan pengunjung di Kompleks PKNS pada 3 petang. 5,000 orang dijangka akan bersama PM dikompleks yang menjadi tumpuan orang melayu di Shah Alam itu.

Sejurus selepas pertemuan itu, PM akan bertemu dengan 3,000 penduduk masyarakat India di Taman Rimba Jaya di Seksyen 16 di sini.

No comments:

Post a Comment