Tuesday 17 January 2012

Muktamad Datuk Dr Hasan Ali tidak akan merayu ; Pas kehilangan permata yang bersinar




Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak akan sama sekali membuat sebarang rayuan untuk kembali menyertai PAS setelah dipecat seminggu yang lalu.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” tegas beliau.

No comments:

Post a Comment