Tuesday, 17 January 2012

Kenali parasit dalam Pas, menurut Dr Hasan Ali




Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali nekad untuk membongkarkan identiti dan membuktikan kewujudan golongan parasit di dalam Pas yang menjadi dalang pepecahan di dalam parti itu.

Menurutnya lagi -

Bahaya parasit - golongan itulah yang bertanggungjawab menyebabkan perjuangan Islam di dalam Pas terpesong.

Strategi parasit - Pengaruh parasit dalam Pas telah menggunakan strategi yang licik untuk mengubah Pas termasuk dari terus bergerak ke jalan yang benar.

Adu domba parasit - Mereka 'mencucuk’ pemimpin-pemimpin tertinggi Pas.

Wawasan parasit - mereka mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu yang bergerak dari luar dan dalam parti yang membentuk kumpulan atau gagasan sendiri. Mereka juga ‘berani’ untuk membentuk misi dan visi yang bertujuan untuk menjatuhkan sesetengah individu untuk kepentingan sendiri.

Parasit diupah agen asing - mereka bergerak dalam institusi yang berpusat di luar negara dan dalam negara. Mereka juga turut memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam Pas bagi memudahkan untuk menjalankan misi mereka.

No comments:

Post a Comment