Tuesday, 17 January 2012

Selangor jadi darul sampah kerna penasihat ekonomi gilakan bontot!




Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam masalah sampah di Selangor kerana kerajaan negeri itu memilih tidak mahu menyertai penswastaan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, Selangor dan Pulau Pinang memilih tidak mahukan penswastaan apabila Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilaksanakan tahun lepas.

"Saya fikir ini adalah suatu tindakan yang tidak betul (untuk tidak menyertai penswastaan pengurusan sisa pepejal), kerana saya telah banyak menegaskan bahawa dalam soal kesihatan dan kebersihan awam, politik tidak boleh dicampur-adukkan.

"Sekarang kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi, melainkan kerajaan Selangor kembali kepada kita menyertai skim tersebut. Barulah saya akan mengemukakannya ke peringkat Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

"Bola kini berada di kaki kerajaan Selangor,” kata Chee Heung kepada pemberita selepas perhimpunan bulan kementerian itu di sini hari ini.

Sumber- BERNAMA

No comments:

Post a Comment