Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi, baru-baru ini melahirkan rasa kecewanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menegaskan bahawa Ketua Pembangkang itu tidak layak untuk menjadi pemimpin umat Islam.
Dalam kenyataan melalui blog miliknya, www.azzamtamimi.blogspot.com, Azzam menafsirkan kenyataan Anwar di media antarabangsa, The Wall Street Journal, sebagai bertentangan dengan semangat dan kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.
“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.
“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya yang dipetik dari blog tersebut.
Baca seterusnya disini
Juga baca disini
No comments:
Post a Comment