Saturday 11 February 2012

Khalid parasit confimkan dalam Pas memang ada PARASIT, so what!


Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad menjawab satu per satu sembilan alasan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tentang keputusannya tidak mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya daripada PAS.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam ini turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Hasan sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS.




Berikut merupakan sembilan jawaban Khalid terhadap Hasan dan alasan beliau keluar dari PAS:

ALASAN HASAN YANG PERTAMA

Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (pelaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai ‘golongan parasit’ bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama’ lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh ‘golongan parasit’. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama’ lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sumber- mystar

No comments:

Post a Comment