Sunday, 12 February 2012

Lawan Dap - Pas Pusat akan pecat Ketua Pemuda nya minggu depan




Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh seharusnya menghormati pendirian Pas tidak mahu umat Islam di negara ini terpengaruh sekaligus menyambut Hari Kekasih keran ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurutnya lagi, Pas konsisten dengan pendiriannya berhubung perkara tesebut dan tidak akan berganjak daripada prinsip parti biarpun DAP tidak bersetuju dan cuba memperbesarkan isu berkenaan.

“Pas konsisten untuk ada andaian sendiri untuk meraikan kekasih hati mereka, dan dianya tidak terhad hari tertentu sebaliknya untuk meraikan hari kekasih ni dalam Islam adalah sepanjang masa kerana Islam adalah agama kasih sayang.

“Maka Islam tidak perlu pada hari-hari tertentu untuk sambut hari kekasih ini dan tambahan lagi pula hari kekasih itu bukan datangnya daripada ajaran Islam, jadi walaupun nama atas hak asasi semuanya, umat Islam terikat dengan agama,” katanya kepada Antarapos, tengahari tadi.

Karpal, semalam, menzahirkan perasaan kecewanya kerana berpendapat pendirian Pas berhubung isu berkenaan tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik. Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya.

Mengulas reaksi Karpal yang menggunakan alasan negara ini mengamalkan prinsip demokrasi, berhubung perkara tersebut , Nasrudin berkata Pas bagaimanapun tidak melarang umat bukan yang beragama Islam untuk menyambutnya melainkan kepada umat Islam.
“Ada pun yang bukan beragama Islam hendak meraikan Hari Kekasih terpulanglah, kita tidak membantah hak mereka, tetapi apa yang kita bantah ini ialah untuk umat Islam supaya umat Islam tidak dipengaruhi dalam budaya dan syiar barat,” katanya lagi.

“Karpal Singh sepatutnya tidak timbulkan isu ini kerana dia harus memahami batas-batas agama yang mana kita harus saling hormat-menghormati, apabila kita tidak bersetuju dengan (Hari Kekasih) bukan makna kita mempersendakan agama lain tetapi kita berhak hanya tidak membenarkan umat Islam untuk tidak menyambutnya, sepatutnya perkara bantahan ini tidak timbul sebab bagi kami tambahan Majlis Fatwa pun sudah gazet bahawa Hari Kekasih itu bertentangan dengan ajaran Islam jadi tidak wajarlah dia (Karpal Singh) mempersoalkan kerana ia boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam nanti,” katanya tegas.

Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.

Malah sebelum ini Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan (Valentine 's Day – Hari Kekasih) adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

Sumber - antarapos


1 comment:

  1. Sepatutnya pas kena tarbiah kapal sing ni supaya faham atau sekurang-kurangnya menghormati ajaran agama orang lain, kalau nak semuanya menggunakan alasan hak asasi manusia apakah islam tidak ada hak asasi mereka inilah yang sepatutnya pas tarbiahkan kepada sahabat seperjuangannya.

    ReplyDelete