Sunday 12 February 2012

Umno peduli ke dengan pandangan Daim ?




Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meminta kerajaan menyelesaikan segera isu yang menyelubungi Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan syarikat pengendalinya, National Feedlot Corporation Berhad (NFCorp).

Menurutnya, jika isu terbabit tidak diselesaikan segera, ia akan memberikan kesan kepada prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Daim berkata, beliau yakin pihak pembangkang, Pakatan Rakyat akan menggunakan isu tersebut dalam kempen pilihanraya umum akan datang.

"Jadi kalau boleh diselesaikan dengan cepat, perkara ini boleh dilupakan...tapi kalau dibiarkan berlanjutan, akan jadi masalah...lembu ni, orang kampung pun faham," katanya lagi

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab program bersama BN Lembah Pantai di sini, malam semalam.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu tersebut, beliau menegaskan sekiranya siastan yang sedang dijalankan mendapati ada pihak atau individu yang membuat salahlaku, mereka yang bertanggungjawab wajar dikenakan tindakan dan di hadapkan ke muka pengadilan.

"Mereka perlu selesaikan siasatan dengan segera dan cari siapa bersalah, kalau ada kesalahan, ada yang bersalah dan melanggar undang-undang. tindakan perlu diambil, kalau tiada kesalahan...tiadalah," jawabnya lagi.

Parti Keadilan Rakyat sebelum ini mendakwa sebahagian daripada pinjaman kerajaan kepada NFCorp, digunakan oleh syarikat milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk membeli kondominium mewah, tanah dan perbelanjaan lain yang tidak ada kaitan dengan industri ternakan daging.

Sharizat sebelum ini menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno tetapi menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan kedudukan beliau dalam kabinet.

Sharizat bertegas beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan mahu memberi fokus penuh untuk memastikan kejayaan BN pada PRU akan datang

No comments:

Post a Comment