Wednesday, 29 February 2012

Letih dengan pak menteri yang berretorik cara lama




KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penguasaan media baharu amat penting dalam memastikan mesej-mesej mengenai dasar kerajaan dapat sampai kepada masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga adalah senjata utama untuk menangkis sebarang tohmahan pakatan pembangkang terhadap kerajaan.

"Sebanyak 16.7 juta orang atau 65 peratus rakyat Malaysia adalah pengguna Internet dengan 10 juta orang mempunyai akaun Facebook.

"Menerusi media sosial, kita perlu pacu minda orang ramai untuk menyuluh kebenaran dengan hujah akal bagi mempertahankan kerajaan dan dasar kita," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan dan Timbalannya, Datuk Abu Talib Harun.

Menurut Rais, adalah menjadi tanggungjawab Jasa untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan serta manfaat yang telah dibawa daripada pembangunan yang dilaksanakan.

"Kita mesti senaraikan satu persatu apa yang telah perjuangkan dan minta rakyat bersyukur serta mengenang budi kerana inilah jasa Barisan Nasional," katanya.

Katanya lagi, bagi memenangi hati masyarakat, tidak perlu segala fitnah dan tohmahan kerana hujah yang dibawa perlu berlandaskan kebenaran serta membawa pembaharuan yang menyeluruh.

Sumber - (www.utusan.com.my)

No comments:

Post a Comment