Wednesday 29 February 2012

Md Sabu yang belajar di UITM tak lulus mula rasa bahang mahu diketepikan parasit Pas




Jawatan No. 2: Pas sedia terima bukan Islam

Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

Sumber - sinar harian

No comments:

Post a Comment