Tuesday 13 March 2012

Gempar - Anwar batuk berdarah kerana BR1M.

Sebanyak RM1.92 bilion telah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah di seluruh negara melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga 1 Mac lepas kata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, Selangor merupakan negeri penerima bantuan tertinggi iaitu hampir 13 peratus daripada keseluruhan wang yang diagihkan, manakala Kelantan pula mencatatkan peratusan isi rumah tertinggi yang menerima bantuan iaitu hampir 84 peratus.

"Sehingga 1 Mac, pendaftaran yang diterima adalah sebanyak 4.78 juta.

Permohonan yang berjaya adalah 3.74 juta atau hampir 80 peratus, manakala permohonan yang tidak berjaya adalah sebanyak 972,000 atau hampir 20 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan.

"Daripada 200,000 rayuan yang diterima, hampir 92 peratus telah diluluskan setelah mereka mengemukakan permohonan yang lengkap,” katanya, menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya mengenai perkembangan pelaksanaan program BR1M.

No comments:

Post a Comment