Tuesday 13 March 2012

Nah ambil melayu Shah Alam, terkini sudah ada KUBUR CINA HARAM di Shah Alam !


DAP bukan sahaja melindungi rumah-rumah urut ,rumah pelacuran, kelab malam, dan mendalangi kegiatan curi pasir. Ronnie juga turut terlibat melindungi pengusaha kubur haram di Seksyen U14 Shah Alam.

Lima lot tanah bernombor 3868, 3869, 3870, 3871 dan 3872 yang luas keseluruhannya 49 ekar, terletak di Seksyen U14 Shah Alam, Mukim Bukit Raja,Daerah Petaling telah dimajukan sebagai tanah perkuburan bukan islam oleh sebuah syarikat swasta bernama Premivest Sdn Bhd bersama sebuah syarikat sekutunya Fairy Park Sdn Bhd.


Kedua-dua syarikat berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan dari Pejabat Tanah serta Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjalankan urusan pengkebumian jenazah bukan islam secara komersial. Tanah tersebut masih lagi berstatus pertanian sehingga kini. Sehingga kini juga lebih kurang 1000 jenazah telah dikebumikan di kawasan tersebut. Syarikat berkenaan juga turut membina pintu gerbang, krematorim dan kolumnbarium diatas tanah tersebut tanpa sebarang kelulusan.

Klik disini seterusnya 

No comments:

Post a Comment